Sunday 10 April 2016

Pemohonan Pinjaman PTPTN? 如何申請PTPTN貸款?

           

Selamat sejahtera! 

Saya ingin berkongsi dengan para mahasiswa / bakal mahasiswa tentang Pemohonan Pinjaman PTPTN. Saya telah memproseskan dan menganalisis maklumat di portal PTPTN untuk menulis blog ini. 

Selain memuat naik gambar-gambar yang berkenaan, saya juga highlight perkara dan perkataan yang penting dalam blog ini. 

===========================================================

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.


Syarat-Syarat Pemberian WPP
Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut :
  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN; 
  2. Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);
  3. Warganegara Malaysia;
  4. Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan
  5. Tidak mempunyai hutang WPP 
*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.



Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP
  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan. 
  • Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  • Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
  • Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.
 =====================================================================

Pembiayaan Pendidikan


Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; 
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Telah membuka akaun SSPN-i**.
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.
** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit. 

_______________________________________________________________________________


Nombor PTPTN
  1. Diperlukan untuk membuat permohonan. 
  2. Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00
  3. Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian. 
Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.

_______________________________________________________________________________


Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan :
  1. Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  2. Memohon pembiayaan pendidikan secara onlineKlik di sini.
Gambar Webpage Pembiayaan Pendidikan Secara Online: 

  1. Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT. (Lihat tajuk yang seterusnya)
  2. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
_______________________________________________________________________________

Tarikh Proses Permohonan Pembiayaan Pendidikan
  1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  2. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Nota: Tarikh tutup permohonan adalah tertakluk kepada perubahan.

_______________________________________________________________________________



Jumlah Pembiayaan
Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:
PERINGKAT PEMBIAYAAN
KELAYAKAN
Maksimum
Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
75% daripada pembiayaan maksimum
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000  (tiada dalam data BR1M) 
50% daripada pembiayaan maksimum
Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)

Gambar Jadual Pembiayaan PTPTN: 


______________________________________________________________________________


Pengeluaran Pembiayaan
Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.
Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
  1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
  3. Tidak menerima penaja lain.
Pengeluaran pembiayaan akan dikreditkan ke akaun pelajar. Potongan bayaran yuran pengajian boleh diuruskan atas persetujuan bersama pelajar, IPT dan bank terlibat.

______________________________________________________________________________



Perlindungan Takaful
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh  kepada penerima biaya.
                                                         
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembiayaan. Bagi penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pembiayaan. Manakala bagi penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan.

 ______________________________________________________________________________



Pengeluaran pembiayaan pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut:
  • Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0;
  • Menangguhkan pengajian; atau
  • Digantung pengajian oleh IPT.
Jadual pembiayaan adalah seperti berikut:
Pelajar IPTA dan Politeknik
Contoh Semester Pengajian
PNG/ GPA
Status Bayaran
Semester 1
< 2.0
Dibayar
Semester 2
2.0 dan ke atas
Dibayar
Semester 3
< 2.0
Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1
Semester 4
2.0 dan ke atas
Dibayar
Semester 5
2.0 dan ke atas
Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3
Semester 6
2.0 dan ke atas
Dibayar

Pelajar IPTS
Contoh Semester Pengajian
PNG/ GPA
Status Bayaran
Semester 1
< 2.0
Dibayar
Semester 2
2.0 dan ke atas
Tidak dibayar berasaskan peperiksaan  Semester 1
Semester 3
< 2.0
Dibayar
Semester 4
2.0 dan ke atas
Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3
 Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pembiayaan hanya akan dibuat setelah pelajar disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.

________________________________________________________________________________


Pemberhentian Pembiayaan
Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:
  • Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pembiayaan pendidikan;
  • Pelajar membuat pembatalan pembiayaan pendidikan PTPTN;
  • Menerima tajaan lain;
  • Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
  • Penerima biaya diisytihar muflis.
           
======================================================================

Tawaran Pembiayaan Pendidikan

  • Tawaran pembiayaan pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. (Lihat atas Pembiayaan Pendidikan > Syarat-syarat permohonan )
  • Tempoh pembiayaan ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
  • Keputusan permohonan pembiayaan. Klik di sini.
  • Panduan mencetak dan mengisi dokumen tawaran pembiayaan. 
  • Tempoh sah laku tawaran pembiayaan adalah 30 hari dari tarikh kelulusan.
  • Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.

  • Penerima biaya yang ingin menolak tawaran pembiayaan, perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.


=====================================================================

Panel Bank

======================================================================

Kalkulator


Gambar Kalkulator Konvensional: 

 =====================================================================

Permohonan Salinan Dokumen Perjanjian

Permohonan yang dikemukakan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Salinan Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

Gambar Borang Permohonan Salinan Dokumen: 

Permohonan untuk mendapatkan salinan dokumen perjanjian pembiayaan dikenakan bayaran sebanyak RM90.00
Borang permohonan yang telah dilengkapkan beserta wang pos/ bank draf boleh di hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau melalui pos.

Nota: Peminjam hendaklah menulis nombor MyKad, nombor rujukan surat tawaran dan nombor telefon di bahagian belakang wang pos/ bank draf tersebut. Pastikan di sudut kiri atas sampul surat ditulis "PERMOHONAN SEMULA SALINAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN/ PEMBIAYAAN".



======================================================================

          Jika ada apa-apa masalah, sila rujuk portal rasmi PTPTN untuk mengetahui selanjutnya. Berharap maklumat ini dapat membantu anda. Semoga anda berjaya dalam pemohonan dan pengajian di menara gading. 

Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment